Hidrogen fluorida
Hidrogen fluorida

Hidrogen fluorida

Hidrogen fluorida ialah satu sebatian kimia dengan formula HF. Gas tidak berwarna ini adalah sumber utama fluorin, biasanya didapati dalam bentuk akua sebagai asid hidrofluorik. Oleh itu, ia adalah pelopor kepada banyak sebatian penting termasuklah bahan-bahan dalam farmaseutikal dan polimer (contohnya, Teflon). HF digunakan secara meluas dalam industri petrokimia dan ialah satu komponen dalam pelbagai jenis asid super. Hidrogen fluorida mendidih di bawah suhu bilik sementara halida-halida hidrogen yang lain memeluwap pada suhu yang lebih rendah. Tidak seperti halida-halida hidrogen yang lain, HF adalah lebih ringan daripada udara dan membaur dengan agak pantas di dalam bahan poros.Hidrogen fluorida adalah gas yang sangat berbahaya. Ia membentuk asid hidrofluorik yang menghakis dan menembus apabila bersentuhan dengan tisu badan. Gas ini juga boleh mengakibatkan kebutaan melalui penghancuran kornea dengan pantas.